Monday, March 7, 2011

Ketam Lembut Kuala Gula

2 minggu lepas rasanya, lepas keluar cerita pasal ketam di Kuala Gula air liur rasa macam meleleh nak makan ketam. Kaki dah tergedik-gedik nak sarung kasut pergi kedai beli ketam sekilo. Kalau boleh nak makan ketam masak lemak cili. Fuh, pasti makcik terangkat kaki. Kebetulan kampung Mr.Hubby adalah sangat berdekatan dengan Kuala Gula, jadi dapatlah merasa nak makan ketam tu. Ketam Lembut. Lembut tak lembut, kalau siapa nak rasa kena lah pergi ke Kuala Gula Sanctuary Resort

Tengahari terus siap berdesup. Panas pun tak jadi hal, nak makan ketam punya hal. Dalam hati risau jugak kalau-kalau belum buka lagi restoran tu. Tapi kita kasi redah saja. Ada rezeki, ada. Kalau tak ada kita buat cara tak ada. Balik rumah, lari masuk dalam bilik, menangis air mata tumpah darah satu lori.  Tapi, Alhamdulillah, rezeki berada dijalan yang lurus. HaHa. 

Sampai saja, terus tinjau keadaan di situ. Sudah banyak yang berubah. Masa 3 tahun lepas, tempat ni masih dalam proses ubahsuai. Jadi permandangannya adalah sangat tak indah. Sekarang sudah cantik. Sudah ada deretan chalet comel. Sempat saya tengok rate kat situ. Satu malam untuk hari biasa adalah RM110.00. Untuk hujung minggu RM130.00. Alamak, boleh tahan mahal. Sudah sama standart dengan hotel lah. Baik bermalam di rumah saja. Bukan jauh pun nak ke Kuala Gula ni. Makan masa lebih kurang 30 - 45minit saja. 


Ini permandangan dari restoran. Ada tempat untuk memancing. Kalau untuk kaki pancing tu memang syorga lah untuk diorang. Tempat ini dibuka sampai jam 11.00 malam saja untuk pengunjung luar yang tak bermalam di sini. Lepas jam 11.00 malam kirim salam nak masuk. Owh kat bawah restoran ini ada banyak ketam batu dan ikan belacak. Ikan belacak ni tak boleh makan eh? Sebab dia hidup dua alam? Kan Kan Kan?

Perut dah lapar kita order makanan. Kami order Ketam Lembut Masak Istimewa 3 ekor, Daging Masak Kunyit, Telur Dadar dan Nasi Putih. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tuah sudah naik boring. Bila dia boring dia akan mengeluarkan bunyi yang annoying. Menjerit tak tentu pasal. Jadi untuk mengelakkan daripada pengunjung kat restoran tu tercekik ketam, kita kena kasi sesuatu untuk dia dulu. 
Kita kasi Tuah keropok Udang! Bagi dia main-main dulu dengan keropok ni. Dengan harapan bila dia dah boring, ngam-ngam nasi akan sampai. Jadi dia tak akan sempat untuk boring dan mengeluarkan bunyi-bunyi yang mengelisahkan Mama dia. Okay anakku, buat masa ni tenung saja dulu keropok udang ni okay.

Lama juga proses menunggu sambil di ikuti keluh kesah seorang perempuan yang sedang kelaparan ni. Mujur juga ada bot yang seronok pergi balik pergi balik buat pertunjukkan ombak. Kalau tak mesti boring lalu angkat kaki masuk dapur tengok apa yang lama sangat diorang masak. sampai saja menu yang di pesan... Tarraa! 3 ekor ketam lembut seperti di dalam Majalah 3 tersebut adalah sangat dasayatttt paras rupa dia. Paras rupa untuk menggoda nafsu makan boleh tahan, yang tak boleh tahan adalah saiz dia. Setengah tapak tangan saya yang kecil molek ini. Seekor ketam berharga RM6.00. Hambikk kauu, nak makan sangat.

Dalam hati, bolehlah. Inikan sessi salam perkenalan dengan Ketam Lembut. Lain kali datang sini mahu order Ketam Tough pula. Dengan harapan ketam tersebut sempat besar dan saya dapat makan dengan puas. Owh Ya! Ketam tersebut memang boleh dimakan begitu saja. Dengan kulit sekali, dengan kaki dia sekali, dengan tangan dia sekali, dengan kepala dia sekali, dengan rambut dia sekali (kalau dia ada rambut). Tapi saya macam tak feel pula nak makan dengan kulit. Saya makan isi saja. Rasanya lagi seronok makan ketam kulit keras. Baru mencabar, boleh ketuk-ketuk kaki ketam dalam pinggan sampai keluar isi dia. Boleh gigit-gigit tangan dia sampai pecah terkeluar isi, pastu gigi pun macam nak tercabut semua dengan kulit dia yang keras tu. HaHa.
Sedap tak sedap, tengok pinggan lah. HaHa. Perut lapar sangat rasanya. Habis semua dibedal licin. Tuah tengah buat muka tak puas hati sebab nak ikut Mama dia pergi sink basuh tangan. Nasi saja tak habis, lain semua habis licin. Owh, nasi yang tak habis tu termasuk lah nasi yang bertaburan di atas lantai. Akibat masuk mulut Tuah setengah, di buangnya setengah. Mama dia tak perasan, lepas dah kenyang baru perasan nasi bersepah kat lantai.
Kalau ada sesiapa yang berminat ataupun yang mengidam boleh lah mencuba sendiri masakan Ketam kat sini. Bagi selera saya ni, saya kasi 3 bintang saja. Nak kata sedap sangat tu tak la. Boleh tahan saja. Tapi lain orang, lain selera dia. Kena cuba sendiri baru tahu.

Nota : Makan ketam lagi semalam. Ketam Kulit Keras Masak Lemak, made in Perda. Dah confirm sedap!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...