Salam Petang jam 3.35petang. Tapi nanti waktu entry ini di publish mungkin dah jam 4 lebih, atau 5, atau 6. Bergantung kepada pemilik blog yang konon-konon sibuk, padahal asyik check facebook saja. Petang yang aman damai lagi indah permai ini saya nak kasi testimonial sikit. Pasal penggunaan dapur arang. Eh Bukan. Bukan. pasal penggunaan VCO. Bukan VICO ye kawan-kawan. VCO iaitu Virgin Coconut Oil. Dalam Bahasa Melayu cikgu saya bagitahu Minyak Kelapa Dara. Jangan risau semua, mak dara ke, anak dara ke, anak saudara ke semua boleh makan.
Saya sudah makan VCO ni hampir dua minggu. Macam mana boleh terjebak , ini adalah kerana akhir-akhir ini saya mengalami kulit kering, di bahagian bawah mulut. Nah kau, nak jadi kulit kering pun kat muka. Bukankah elok kalau jadi ditempat yang lain sikit. Tak tahu cover langsung kulit mulus saya ni. Jadi kebetulan saya terbaca banyak testimonial yang menarik dan sukses daripada Facebook CPM Honey Nurhaliza ataupun blog beliau mengenai VCO ini iaitu qasehkuhoney. Lepas ni kalau siapa-siapa hendak tahu lebih lanjut boleh berhubung dengan beliau. Beliau lebih arif.
Jadi ini adalah hasil yang saya perolehi. Saya buat testimonial ini berdasarkan kesan yang saya perolehi. Lain orang, lain kesan dan kelebihan dia. Tapi semuanya memberi impak positif pada saya.
Kulit Kering
Baru saja saya pakai lebih kurang 3-4 hari, saya sudah dapat kesan perubahan pada kulit muka saya. Kulit menjadi lembab bila bangun waktu pagi. Menjadi kebiasaan saya bila bangun pagi, hendak ke bilik air, saya akan belek muka di cermin dulu. Hasil memang mengejutkan. Parut pada bahagian bawah mulut saya beransur hilang, dan kulit di bahagian tersebut tidak lagi kering dan mengelupas. Wow! Pantas! Ini adalah kerana saya mengamalkan makan pil tersebut 2 biji satu hari. Sebiji di waktu pagi selepas makan dan sebiji lagi di waktu malam selepas makan malam. Sebelum tidur saya akan gunakan sebiji lagi dan sapukan pada seluruh muka. Hasilnya kulit akan menjadi lembab dan segar keesokkannya.
Kawalan Berat Badan
Saya memang sangat obses dengan berat badan. Naik setengah kilo pun saya sudah bising, apatah lagi naik hingga 5-6kg. Yelah berat 'berisi' orang kata. Tapi kalau hendak gain weight pun biarlah berpada kan. Bukan saja untuk kelihatan cantik dan langsing di mata suami, tapi untuk kesihatan itu yang penting. Alhamdulillah berat saya setakat ini masih belum ditahap membimbangkan sampai boleh histeria. Kadar metabolisma semakin baik. Tiada masalah sembelit. Makan buang, makan buang. Buang yang tidak perlu. Dan simpan untuk kegunaan tenaga saja. Letih juga mula berkurangan.
Kurang rasa Lapar.
Best sangat. Sebab saya tidak mudah rasa lapar secara tiba-tiba. Dan tidak pula makan secara gila-gila. Selera berada di dalam kawalan. Ini menyebabkan saya boleh fokus di depan komputer buat kerja, buka blog, buka facebook dan sebagainya (HaHa) tanpa rasa lapar secara sangat-sangat. Kalau tidak jam 11.00malam pun masih mengunyah pizza. Agaknya kalau jam 5.00pagi masih belum tidur, mahu hendaknya saya keluar makan roti canai pula.
Ibu mengandung
Untuk ibu mengandung pula, ia adalah baik untuk mengelakkan kulit pecah yang sering terjadi pada bahagian-bahagian tertentu. Ibu-ibu mengandung tahulah kan. Sangat ngeri tau bila tengok kulit dah jadi macam kulit buah tembikai. Ia juga membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Kan bagus kan kan kan. Bagus untuk ibu dan untuk bayi di dalam kandungan. Ehem. Ehem. Siapa mengandung ??
Okay. Itu saja kesan yang saya dapat notice untuk diri sendiri buat setakat ini. Owh ini hanyalah di awal penggunaan yang belum pun sampai 2 minggu. Lain-lain kelebihan adalah seperti :
- Meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang masih belum mendapat zuriat.
- Menjadi agen pelincir untuk ehem ehem. Faham sajalah. Takkan agen pelincir untuk membasuh pinggan pulak kot.
- Membunuh bakteria, kuman dan virus pada kulit (masalah keputihan)
- Melegakan pernafasan
- Mengurangkan kadar kandungan lemak badan ( i like 158juta kali)
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi
- Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
- dan lain-lain lagi.
Mana larat hendak taip banyak-banyak. Banyak sangat. Tapi untuk keterangan lanjut sila terjah FB CPM Honey Nurhaliza ya!
4 comments:
tq dear...suke dgr ur good testimoni tuh..alhamdulillah dgn izin Allah..:)
Terpublish entry sama dengan CPm la pulak kan. Hopefully dapat share info ni dengan ramai lagi.
Alhamdulillah dengan izin Allah.
hye mama... lyn share ur link kt blog.. sory xminta izin dlu :)
its okay..thanks ya for share my link di blog lyn. Nice blog :-)
Post a Comment