Thursday, December 17, 2015

entry hujung tahun

Well..sebenarnya dah taip dua baris entry petang tadi. Di opis. Pastu sakit perut lari ke toilet dan lupa save. Tapi takpa. Nothing important pun untuk 2 baris ayat yang hilang tadi. Hanya ketawa dekah dekah mengenai blog ni yang berupdate entry 3, 4 kali setahun!

Last entry bulan 5. Ya bulan 5. Sekarang bulan doblassssss. Dah la takda entry berkualiti malah menyakitkan hati bila muncul 3,4 bulan sekali. Takpayah mengaku blogger sangat lepas ni. Blog sendu entry pun tersedu sedu. Hmm. Sekarang busy sibuk. Sekarang take over unit baru. Take over dari pegawai sebelum ni yang dah pencen.

Take over sepenuhnya September lalu. Alone. Kerja untuk 3 orang, kayuh sorang diri. Kebetulan 2 orang sebelum ni pencen berturut dalam masa 2 bulan. Dan seorang lagi partner on maternity leave 3 months. So kayuh kiri kanan depan belakang tungging terbalik sorang diri masa tu. Sibuk hectic. Tapi seronok. Sangat seronok.

Sekarang partner pun dah masuk kerja balik so seronok berganda. Ringan sikit bahu. So far okay sangat. Its good to change sometimes. Ok till next time. Daa!

Wednesday, May 27, 2015

quote lagi


hari ni guwa jumpa lagi satu quote. eh best pula layan quote ni. sebab kebanyakkan nya macam kena batang hidung sendiri. susah nak tepis.
 
quote tu cakap, dia yang cakap tau, bukan guwa. lebih kurang gini lah ' kawan-kawan sekeliling kita nih, umpama awan mendung, bila berlalu pergi yang mendung -mendung ni, maka cerah terang benderang lah hidup kita'
 
paham tak paham tak. means kawan-kawan sekeliling kita ni ada yang boleh buat idop kita diselubungi mendung kelabu berarak jer. hujan pun idak panas pun idak. kalau berlalu pergi awan mendung kelabu nih, maka terang lah idop kita. ceria lah hati kita.
 
haa gitu! dah tu ada tak kawan-kawan uols yang bagai awan mendung ni. cer kais kais sikit. baru oleh Nampak matahari, Nampak dunia! :)

Tuesday, May 26, 2015

perfect quote of the day


Malam tadi scroll FB. takde kerja lain, itu jelah hobi guw masa lapang sekarang ni. scroll FB. Lalu terjumpa lah satu quote nih ' never trust a person that has let u down more than 2 times. once was a warning, twice was a lesson and anything more than that is simply taking advantage! '
 
danggg~~ rasa macam ada orang ketung gendang tepi telinga. urut dada terkejut. guwa rasa guwa nih tahap orang ambik kesempatan dah kot. itu yang payahnya jadi sepsis lembut hati. sesikit, orang datang minta maaf, okay..kita forgive and forget. esok lusa kang dia buat lagi, makan hati lagi. pastu datang sua muka balik, pastu forgive and forget again and again.
 
tapi once bila guwa dah start fed up, nak move on dengan semua beban nih, guwa tinggalkan jer jenis orang macam ni, orang pulak kata guwa kejam? fine. katalah. hati guwa makin hari makin keras. setakat sikit sikit guwa terima dan hadam jer pun. apa kau tau pasal hati guwa? ni hati guwa, kalau bukan guwa yang jaga sapa nak jaga?
 
guwa setakat benda sikit sikit yang guwa rasa tak jejas, guwa biar jerlah. lagi penting kalau benda tu guwa tak buat salah. apa hal nak gelabah sangat. biarlah orang nak kata kejam. or whatever apa pun pandangan diorang. benda betul lambat laun orang tau lah. cuma sekarang memang guwa usung jelah muka kejam ni ke hulur ke hilir. guwa tak buat jahat pun memang stok muka nak cari pasal dengan orang jer. gangster.
 
ok lah oklah. bye. nanti guwa dating balik. guwa nak p meronda kawasan. kata kaklong kawasan kan.

Thursday, May 21, 2015

kan?


dua tiga hari ni banyak pulak ujian. yang tu tak kena yang ni tak kena, yang ni rosak yang tu rosak. apa nak buat? sucikan apa yang kita ada. bagi pada yang memerlukan. dalam kita buat kerja kita tu, tak kacau orang tu, ada pulak bukan bukan orang buat cerita kan? takpa. buatlah. makin orang buat makin murah pulak rezeki ku lately nih. Alhamdulillah, syukur. sungguh tak sangka :)

Friday, May 15, 2015

Lupa Punch Card


Kemain sangat kan kemarin guwa update blog bagitau sampai opis awal. Petang kemarin masa nak punch card balik, tengok punch card, pagi guwa lupa punchhhhhh! whyyyyyy? whyyyy? huwawawa. frust sangat rasa. dah la datang awal, tapi lupa punch card.
 
sebab tersampai awal sangat pagi kemarin, jadi guwa lepak dalam kereta dulu, dengar lagu, belek fb dulu. pastu terus turun kereta. guwa syak diri sendiri lepas turun kereta menonong jalan masuk bilik, tak punch card. maklumlah tak penah sampai awal. rutin jadi tak sama. selalu lps punch card, baru park kereta. huhuhu. takpa lah.
 
pagi nih terus park kereta kat porch boss dulu, turun punch card, then parking. Ok bye. Tu je nak cakap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...